Home

Laman Web ini adalah mengenai pembinaan sebuah masjid di Bandar Permata Lunas, Lunas, Kedah Darul Aman, Malaysia.

Ingin memberi sumbangan?

Nama Akaun : JAWATANKUASA PENAJAAN KARIAH MASJID LUNAS

Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 02057010045522

Bank Muamalat Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 02030003173716

Bil Kebenaran : (08) dlm.Agama (K) A-4-2019 pada 28/02/2019

Cadangan Pembinaan Masjid Bandar Permata Lunas

Pendahuluan

  • Masjid merupakan satu institusi utama agama Islam yang menjadi tempat beribadat secara berjemaah penduduk setempat.
  • Masjid  juga mempunyai pelbagai fungsi lain yang boleh melahir sebuah masyarakat yang berjiwa murni dan berakhlak mulia.
  • Kepesatan pembangunan serta penambahan penduduk di kawasan Lunas yang terletak berdekatan dengan  kawasan Kulim Hi-Tech Park  telah menyebabkan penambahan yang ketara bilangan jemaah.
  • Masjid-masjid yang sedia ada di sekitar kawasan ini dilihat sudah tidak mampu  menampung pertambahan bilangan jemaah ini.
  • Menyedari masalah yang bakal timbul sekiranya tidak ada usaha dibuat menanganinya, maka cadangan pembinaan Masjid Bandar Permata Lunas ini dikemukakan.

Objektif

  • Objektif kertas cadangan ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mendirikan sebuah masjid di sebuah kawasan seluas 4.03 ekar di kawasan Bandar Permata Lunas yang telah digazetkan untuk pembinaan sebuah masjid.

Latar Belakang

  • Mukim Lunas adalah salah satu dari mukim di dalam daerah Kulim, Kedah di dalam Qaryah Sungai Limau.
  • Kedudukan mukim Lunas  adalah agak terasing daripada masjid qaryah sekarang, Masjid Abdul Rahman Putra iaitu 4.5 km.
  • Di samping itu, kapasiti Masjid Abdul Rahman Putra agak terhad dan tidak mampu menampung jemaah yang ramai dari seluruh Qaryah Sungai Limau. Kerana maslahah ini, ramai jemaah yang memilih untuk mengerjakan solat di masjid luar qaryah seperti Masjid Sungai Seluang, Masjid Kilang Lama, malah Masjid Ara Kuda, Pulau Pinang
  • Jumlah keseluruhan unit rumah di kawasan-kawasan sekitar seperti Taman Desa Permai, Taman Desa Sentosa, Taman Gemilang, Taman Kijang dan taman-taman lain melebihi 1,000 unit.
  • Selain daripada itu, Bandar Permata Lunas Fasa 1 yang telahpun selesai pada hujung 2019 dengan 1,800 unit rumah, dan bila selesai sepenuhnya akan mempunyai 5,000 unit rumah.
  • Adalah jelas bahawa keperluan kepada sebuah Masjid untuk kegunaan komuniti tempatan di Lunas adalah satu keperluan yang amat mendesak.

Lokasi Tapak Masjid

  • Lokasi tapak cadangan Masjid Bandar Permata Lunas ini sebenarnya telah digazetkan oleh pihak Pemaju, Golden Bluechip Sdn Bhd. sepertimana yang telah dilakarkan/dinyatakan di dalam Pelan kepada Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Perbandaran Kulim.

  • Pihak Majlis Perbandaran Kulim telah mengesahkan kepada Majlis Ugama Kulim bahawa lot-lot tanah tersebut iaitu lot 3310 telah dirizabkan sebagai tapak masjid untuk kegunaan masyarakat Islam.
  • Surat permohonan tanah kerajaan telah dikemukakan oleh Pejabat Agama Daerah Kulim kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah pada 11 Disember 2017 (Rujuk Surat Bil (17) dlm.AGAMA (KU) P.T 12/2017).
  • Lanjutan daripada itu para penduduk dari kawasan berkaitan telah bermesyuarat pada 2 Februari 2018 untuk memilih Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bandar Permata Lunas yang bertanggung jawab untuk menyediakan cadangan-cadangan tertentu untuk Projek Pembinaan Masjid Bandar Permata Lunas.

Pemecahan Qaryah

  • Permohonan pemecahan qaryah Lunas dari qaryah Sungai Limau telahpun dikemukakan kepada pihak Majlis Ugama Islam Kulim pada 11 Jun 2015.
  • Permohonan itu telahpun dipanjangkan oleh Pejabat Agama Daerah Kulim kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah pada1 Jul 2015 (Rujuk Surat Bil (17) dlm.AGAMA (KU) PAK 1/036) akan tetapi ditangguhkan kerana tiada tanah yang sesuai untuk dibina masjid qaryah.
  • Pihak Jawatankuasa Penaja yang baru juga telah menghantar surat kepada Pejabat Ugama Kulim pada 7 Mac 2018 (Ruj: JPMBPL 02/2018) supaya permohonan qaryah 2015 itu diteruskan seiring dengan pembinaan masjid di tapak baru ini.
  • Pada 8 Julai 2018, Sahibus Samahah Dato’ Syeikh Fadzil bin Haji Awang  Mufti Negeri Kedah Darul Aman, bersama rombongan telah mengadakan lawatan ke Lunas dan diberi taklimat tentang pemecahan qaryah Lunas.
  • Pada 22 Jul 2018, Pihak Jabatan Mufti Negeri Kedah telah menghantar surat (Ruj: ( 81 ) dlm JMNK(F)609 Jld 13) kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk menyatakan pandangan mufti tentang permohonan Qaryah baru Lunas iaitu menyokong cadangan pemecahan qaryah.
  • Pada 18 Oktober 2018, pihak Pejabat Agama Daerah Kulim telah menghantar surat [Ruj: Bil (18) dlm AGAMA (KU) PAK1/036]  kepada Jawatan Kuasa Penaja bahawa pemecahan qaryah kepada Qaryah Lunas  telahpun mendapat persetujuan rasmi dari KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

Cadangan Konsep Masjid

  • Jawatankuasa Penaja Masjid Bandar Permata Lunas telah mencadangkan agar Kompleks Masjid Bandar Permata Lunas ini mempunyai 2 komponen utama iaitu :
    • Kompleks Masjid Utama
    • Bangunan-Bangunan Sokongan
  • Masjid Lunas dicadangkan perlu berkonsep untuk  dijadikan sebagai Pusat Aktiviti Sosial bagi menampung keperluan penduduk seperti:
    • Urusan Ibadat Jemaah
    • Urusan Pengajian Ugama
    • Urusan Pengurusan Jenazah
    • Majlis Perkahwinan
    • Aktiviti Seminar / Mesyuarat
    • Ruang Perniagaan

Cadangan Spesifikasi Masjid

Spesifikasi Masjid Bandar Permata Lunas adalah dicadangkan seperti berikut :

MAKLUMAT UMUM
Keluasan Tanah Keseluruhan 4.03 ekar
Keluasan Lantai Bangunan Utama 2,347.28 m2
Keluasan Lantai Bangunan Sokongan 578.31 m2
Jumlah Keluasan Keseluruhan Lantai Bangunan 2,925.59 m2
KAPASITI JEMAAH
Ruang Solat Utama 1,700 orang
Ruang Perempuan Tingkat Atas 465 orang
Ruang Solat Terbuka (Balai Lintang) 1,010 orang
Jumlah Keseluruhan Jemaah 3,175 orang
TEMPAT LETAK KERETA
Tempat letak kereta yang disediakan 224 petak
Tempat letak motosikal yang disediakan 160 petak

Cadangan Pelan Masjid

  • Pelan Tapak

Anggaran Awal Kos Masjid

  • Adalah dianggarkan bahawa kos untuk masjid adallah RM11.13 juta.
  • Anggaran kos ini adalah berdasarkan kos per jemaah bagi pembinaan sesuatu masjid ialah RM 3,500.00 per jemaah.
  • Kapasiti masjid yang hendak dibina adalah untuk menampung 3,175 orang.
  • Jadi kos anggaran awal berpandukan kaedah ini ialah RM 3,500.00 X 3,175 orang iaitu RM 11, 112,550.00

Lakaran Imej Masjid 

Sumber Pembiayaan

  • Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Lunas pada 2hb Februari 2018 telah membincangkan beberapa cara sumber pembiayaan pembinaan Masjid Bandar Permata Lunas ini. Antaranya :
    • Kutipan derma dari orang ramai.
    • Peruntukan dari Kerajaan Negeri.
    • Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.
  • Permohonan untuk memungut derma dari orang ramai telah dibuat pada 13 Januari 2019 dan telah diluluskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman pada 28 Februari 2019 (Bil Kebenaran : (08) dlm.Agama (K) A-4-2019).

Sokongan

  • Adalah menjadi harapan kami agar niat suci kami untuk mendirikan sebuah masjid di kawasan Lunas ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak.
  • Masjid ini akan dimanafaatkan dengan pelbagai majlis ilmu yang dapat mendidik generasi muda, remaja dan kanak-kanak agar pembangunan rohani mereka seimbang dengan pembangunan fizikal.
  • Kewujudan masjid ini insya Allah akan dapat meningkatkan syiar Islam di kawasan ini yang menambah minat penduduk setempat untuk bersama-sama menyertai serta mengimarahkan program-program masjid.
  • Dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, seluruh masyarakat akan mendapat manafaat darinya, bukan hanya golongan yang berugama Islam tetapi juga golongan bukan Islam
  • Ini kerana masyarakat yang terdidik dalam ugama akan mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang membawa kebaikan kepada semua

Penutup

Akhir kata sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita diberi kekuatan di dalam usaha mendirikan masjid ini serta dipermudahkan segala urusan baik dari segi urusan kelulusan pihak berkuasa, kewangan, pembinaan, dan kerjasama yang erat dari semua pihak.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Senarai AJK Penaja

Ahli Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bandar Permata Lunas 2021

JAWATAN NAMA
Penasihat Tn. Hj. Hamzah bin Ab. Halim
(Majlis Perbandaran Kulim)
Pengerusi Dr. Hj. Abdullah bin Muda
(Taman Kijang)
Timbalan Pengerusi Marhalim bin Amir
(Taman Gemilang)
Setiausaha Hj. Asmadi bin Ahmad @ Ismail
(Taman Desa Permai)
Timbalan Setiausaha Hj. Md Nawiral Musafaa bin Masdom
(Taman Desa Permai)
Bendahari Mohamad Akhir bin Awang
(Taman Gemilang)
Pembantu Bendahari 1 Abdul Latiff bin Ahmad Ramli
(Taman Seri Sentosa)
WAKIL-WAKIL PENDUDUK
1.  Wakil Surau Taman Desa Permai Rifai bin Hj Abu Bakar
2.  Wakil Surau Taman Desa Permai Hj. Jahaya bin Abdul Hamid
3.  Wakil Surau Taman Gemilang Nazri bin Othman
4.  Wakil Surau Taman Seri Sentosa Abd Halim bin Ahmad
5.  Wakil Surau Taman Seri Sentosa Nasri Shamsuddin bin Ahmad
6.  Wakil Surau Taman Kijang Mohd Shukor bin Hj Awang
7.  Wakil Surau Taman Kijang Fadhil bin Osman
8.  Wakil Surau Taman Sutera Indah Zamri bin Abd Hamid
9.  Wakil Surau Taman Sutera Indah Mustaza bin Abdullah
10. Wakil Masjid Nurul Saadah Khairul Imran bin Abd Rahim
11. Wakil Surau Taman Sang Kancil Zulkepli bin Hj Md Isa
12. Wakil Surau Taman Sang Kancil Kamarudin bin Man
13. Wakil Surau Taman Murni Indah Khairuddin bin Ahmad Khalil
14. Wakil Surau Taman Murni Indah Hj. Meor Abdul Rahim bin Md Yusof
15. Wakil Surau Kg Batu 6 Elias bin Ismail
16. Wakil Surau Kg Batu 6 Mohd Noor bin Mat Saad
17. Wakil Surau Perumahan Awam Lunas Azhari bin Abdul
18. Wakil Surau Perumahan Awam Lunas Azhar bin Ahmad

Ingin Memberi Sumbangan?

Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 02057010045522
Nama Akaun : JAWATANKUASA PENAJAAN KARIAH MASJID LUNAS

Bank Muamalat Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 02030003173716
Nama Akaun : JAWATANKUASA PENAJAAN KARIAH MASJID LUNAS

Bil Kebenaran : (08) dlm.Agama (K) A-4-2019 pada 28/02/2019